MUSTIKA RATU SET JAMU SELAPAN + BENGKUNG

rating

Produk lengkap Mustika Ratu untuk ibu-ibu yang bersalin. Kandungan didalam set bersalin Mustika Ratu adalah seperti berikut:1. 1 set Jamu Selapan2. 2 botol Minyak Telon3. 2 unit Rempah Harum4. 1 unit Bengkung5. 1 unit CD penggunaan Jamu Selapan & perawatan dalam pantangPemakaian Jamu Selapan:1. ..

  • MYR195.00
  • Selepas Cukai:MYR195.00
  • Kod Produk:MJS4
  • Stock:Ada

Tags: AA MUSTIKA RATU SET JAMU SELAPAN + BENGKUNG

Produk lengkap Mustika Ratu untuk ibu-ibu yang bersalin. Kandungan didalam set bersalin Mustika Ratu adalah seperti berikut:

1. 1 set Jamu Selapan

2. 2 botol Minyak Telon

3. 2 unit Rempah Harum

4. 1 unit Bengkung

5. 1 unit CD penggunaan Jamu Selapan & perawatan dalam pantang


Pemakaian Jamu Selapan:


1. Tapel Raket Mustika Sejati

Ditumbuk dahulu Tapel Raket kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut


2. Berbengkung

Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara melilit bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing


3. Pilis Wangi

Pilis Wangi ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa ( pekat ). Kemudian tampal diatas dahi. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkanya.


4. Bancar Air Susu

Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat. Sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu


5. Parem Segar Sumyah

Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin


6. Jamu Galian Parem Wangi

Minumlah jamu Pil Galian Parem Wangi 5 biji setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu


7. Jamu Pulih Balung Sumsum

5biji diminum setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu


8. Minyak Telon

Disapukan pada perut bayi selepas mandi untuk melegakan kembung perut


9. Rempah Harum Sari 

-Sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel sel kulit mati pada tubuh. Membantu membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah


-Sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan2 hitam akibat kulit pecah


-Untuk Ibu-ibu yang berpantang, Rempah Harum Sari sesuai dibuat untuk bertangas & mandian berempah


-Masukkan serbuk Rempah Harum Sari ke dalam baldi atau bath tub dan tuangkan air panas agar Sari yang berkhasiat dapat keluar dari Rempah Harum Sari kemudian tuangkan air dingin sehingga menjadi hangat sekuat badan. Siramlah keseluruhan tubuh atau rendamlah seluruh badan selama 15-20 minit


-Untuk Ibu-ibu yang berpantang untuk bertangas, hanya taburkan rempah keatas bara sebelum memulakan tangas. Sesuai untuk melancarkan peredaaran pada tubuh & juga membuang darah-darah kotor & membantu mengecutkan peranakan (rahim)

Tulis ulasan

Nota: HTML tidak dapat diterjemah!
    Teruk           Bagus